Skip to main content

Karamah Seorang Anak kecil sehingga Terciptanya Kitab Dalail Khairat


Kitab Dalail Al khairat adalah sebuah kitab yang mengumpulkan Selawat yang dikarang oleh Ulama Sufi dari Morocco iaitu Abu Abdullah MuḼammad bin Sulaiman bin Abu Bakr al-Jazuli, sering dikenali sebagai Imam al-Jazuli atau Sheikh Jazuli.

Pada suatu hari, Imam al-Jazuli sedang melakukan perjalanan panjang hingga tiba waktu untuk menunaikan Solat. Ketika hendak mengambil wuduk, beliau dapati tiada sumber yang membolehkan beliau berwuduk kerana ketandusan sumber air di tempat tersebut.

Pandangan mata beliau berputar mencari sumber air yang boleh digunakan untuk berwuduk. Pencarian beliau terhenti ketika melihat sebuah perigi yang dalam pemikirannya pastilah boleh digunakan untuk berwuduk. Lalu beliau bergegas mendekati perigi tersebut sebelum waktu solat habis.

Setelah berjalan mendekati perigi, Imam al-Jazuli kecewa kerana air di dalam perigi tersebut ternyata terlalu dalam dan tiada peralatan yang membolehkan beliau mengambil air tersebut.

Beliau berlegar mencari alat yang boleh digunakan untuk mengambil air, tapi hasilnya mengecewakan. Pada kebiasaannya di setiap perigi terdapat timba atau gayung panjang yang boleh digunakan untuk mengambil air, tetapi perigi ini agak berbeza dari kebiasaannya.

Sementara itu, dari atas gunung atau daratan tinggi terlihat seorang anak kecil yang sedang mengamati Imam al-Jazuli sejak tadi. Kemudian anak tersebut mendatangi Imam al-Jazuli lalu bertanya kepada Imam al-Jazuli mengenai hajat beliau. Setelah mengetahui masalah yang dihadapi oleh Imam Al-Jazuli, ia mendekatkan mulutnya ke dalam perigi lalu meludah kedalamnya.

Imam al-Jazuli terkejut dengan tindakan anak tersebut, kenapa anak itu meludah ke dalam perigi, dan lebih mengejutkan lagi tiba-tiba air dalam perigi itu naik sehingga membolehkan Imam Al-Jazuli mengambil wuduk, Akhirnya Imam al-Jazuli boleh berwuduk dari perigi tersebut dan melaksanakan solat pada tepat waktu.

Karena berlaku hal yang terlalu mengejutkan itu, Imam al-Jazuli bertanya kepada anak kecil itu:

“Apa yang membuatmu boleh mendapatkan darjat (kedudukan yang tinggi di sisi Allah Swt) ?”

Anak kecil itu menjawab:

“Karena banyak membaca Selawat untuk baginda Nabi Muhammad SAW.”

Mendengar jawapan anak kecil tersebut, Imam al-Jazuli memasang niat dengan bersungguh-sungguh akan memperbanyak membaca Selawat dan beliau telah mengarang sebuah kitab mengenai Selawat yang kemudian diberi nama “Dalail al khairat”. Sampai saat ini, kitab karya Imam al-Jazuli ini masih diamalkan oleh kebanyakan umat Islam di seluruh dunia.

Al-Fatihah buat Imam Al-Jazuli.

Makam Imam Al-Jazuli


Comments

Popular posts from this blog

Kisah Hidup Hassan Al-Basri & 40 Nasihat Kehidupan

Hasan al-Basri dilahirkan di Kota Madinah, pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Hasan al-Basri juga pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulullah S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai Ulama terkemuka dalam peradaban Islam. Hasan al-Basri telah meninggal dunia di Basrah, Iraq, pada hari jumaat 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi), pada umur 89 tahun. Beliau pernah hidup di zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Keilmuan dan ketokohan Imam Hasan al-Basri amat luar biasa dan tidak perlu disangkal lagi. Al-Imam Abu Salamah at-Tabuzaki mengatakan “aku menghafal daripada Imam Hasan al-Basri lapan ribu permasalahan Fiqh dan Hadith”. Saidina Anas ibn Malik pernah mengatakan “kalian tanyalah pada Imam Hasan al-Basri kerana beliau itu kuat ingatan sedangkan kami lupa”. Manakala menurut Imam Muhammad ibn Saad di dalam kitabnya menyebut “Imam Hasan al-Basri orang yang mengumpulkan semua ilmu, sangat alim, sangat mendal...

Saad Bin Abi Waqqas berdakwah di Negara China

Saad bin Abi Waqas, Pendakwah pertama ke Negara China Nama sebenar beliau ialah Abu Ishaq Sa‘ad bin Abu Waqqas Malik bin Uhaib bin ‘Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai al-Qurasyi al-Zuhri al-Makki. Beliau termasuk dalam kalangan sepuluh orang yang dijanjikan syurga. Saad lahir dan membesar di kota Mekah, Dia dikenali sebagai pemuda yang memiliki pemikiran yang cerdas. Tubuhnya tidak terlalu tinggi namun bertubuh tegap. Orang selalu membandingkannya dengan singa muda. Saad berasal dari keluarga bangsawan yang kaya raya dan sangat disayangi kedua orang tuanya, terutama ibunya. Walaupun berasal dari Mekah, dia sangat benci kepada upacara penyembahan berhala yang menjadi budaya di Mekah ketika itu. Suatu hari, dia didatangi Abu Bakar RA dan mengajak Saad menemui Nabi Muhammad SAW di sebuah bukit berhampiran Kota Mekah. Beliau pun segera menerima undangan Nabi Muhammad SAW dan kemudian Saad menjadi salah seorang sahabat yang pertama masuk Islam. Sa...

Saidina Uthman Bin Affan yang Baik Hati

Dari Abdurrahman bin Khabbab dia berkata; Aku melihat Nabi Muhammad SAW ketika beliau memberi semangat terhadap pasukan Usrah (pasukan Tabuk).  Lalu Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, aku akan memberikan seratus unta lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah."  Kemudian baginda memberi semangat terhadap pasukan tersebut, maka Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, saya tambah dua ratus ekor unta lagi lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah."  Kemudian baginda memberi semangat terhadap tentera, maka Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, aku akan menambah tiga ratus unta lagi lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah." Maka aku melihat Nabi Muhammad SAW turun dari mimbar sambil bersabda: "Maka tidak ada lagi yang dapat membahayakan Uthman setelah kebaikannya ini, tidak ada lagi yan...