Skip to main content

Khalid Al-Walid tidak pernah kalah Perang kerana bertabarruk dengan Rambut Rasulullah SAW

Beliau telah menunjukkan kebijaksanaan beliau dalam menyusun strategi perang. Dengan strategi peperangan tersebut beliau berjaya mematahkan sembilan pedang dalam pertempuran dan mengelirukan tentera Rom.

Dengan cara tersebut, Khalid al-Walid dapat memastikan keselamatan 3,000 askar Islam dan membawa mereka pulang ke Madinah. Keberanian dan kepintaran Khalid inilah yang menjadikannya digelar sebagai “Pedang Allah S.W.T”

Sejak beliau memasuki Islam, Saidina Khalid Al-Walid telah menyertai lebih 50 peperangan bagi memperluaskan penyebaran agama Islam ini. Berikut merupakan antara perang yang pernah disertai atau dipimpin beliau:

Perang Mu’tah
Perang Buzakhah (11H)
Perang Zat as-Salasil (12H)
Perang Walajah (12H)
Perang al-Mazar (12H)
Perang Ullais (12H)
Perang Amghishiyah (12H)
Perang al-Maqr (12H)
Perang Anbar (12H)
Perang Ain at-Tamar (12H)
Perang Dumah al-Jandal (12H)
Perang az-Zumail ar-Radab (13H)
Perang al-Ghassan (13H)
Perang Ajnadain (13H)
Perang Marj as-Suffar (13H)
Perang Fahl Baisan (13H)
Penaklukan Damsyik (14H)
Penaklukan Balbek (15H)
Penaklukan Homs (15H)
Perang Yarmuk (15H).
Sumber: HarakahDaily

Kematian Khalid Al-Walid

Khalid al-Walid meninggal dunia pada tahun 642 M ketika berusia 55 tahun. Ironinya, beliau meninggal dunia akibat penyakit dan tidak di medan peperangan, walaupun sepanjang hidupnya, beliau tidak pernah tewas dalam peperangan.

Perkara ini turut dipersoalkan oleh Saidina Khalid sendiri kepada sahabatnya, dan jawapan sahabat beliau adalah seperti berikut:

“Kau harus tahu, Khalid, ketika junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W., memberikan gelaran ‘Pedang Allah’ kepadamu, itu bermakna jika kau dibunuh oleh musuh Allah S.W.T, maka seolah-olah pedang Allah S.W.T telah dirosakkan oleh musuhnya. Allah S.W.T tidak akan membenarkan perkara itu terjadi.”

Kematian beliau mengakhiri era kegemilangan seorang pahlawan yang sangat dihormati. Walaupun telah tiada, legasi beliau sebagai “Saifullah” terus dikenang sebagai simbol keberanian dan kepimpinan yang unggul dalam sejarah Islam.

Olahan dan Sumber dari :
ecentral
Harakah Daily

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Hidup Hassan Al-Basri & 40 Nasihat Kehidupan

Hasan al-Basri dilahirkan di Kota Madinah, pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Hasan al-Basri juga pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulullah S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai Ulama terkemuka dalam peradaban Islam. Hasan al-Basri telah meninggal dunia di Basrah, Iraq, pada hari jumaat 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi), pada umur 89 tahun. Beliau pernah hidup di zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Keilmuan dan ketokohan Imam Hasan al-Basri amat luar biasa dan tidak perlu disangkal lagi. Al-Imam Abu Salamah at-Tabuzaki mengatakan “aku menghafal daripada Imam Hasan al-Basri lapan ribu permasalahan Fiqh dan Hadith”. Saidina Anas ibn Malik pernah mengatakan “kalian tanyalah pada Imam Hasan al-Basri kerana beliau itu kuat ingatan sedangkan kami lupa”. Manakala menurut Imam Muhammad ibn Saad di dalam kitabnya menyebut “Imam Hasan al-Basri orang yang mengumpulkan semua ilmu, sangat alim, sangat mendal...

Saad Bin Abi Waqqas berdakwah di Negara China

Saad bin Abi Waqas, Pendakwah pertama ke Negara China Nama sebenar beliau ialah Abu Ishaq Sa‘ad bin Abu Waqqas Malik bin Uhaib bin ‘Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai al-Qurasyi al-Zuhri al-Makki. Beliau termasuk dalam kalangan sepuluh orang yang dijanjikan syurga. Saad lahir dan membesar di kota Mekah, Dia dikenali sebagai pemuda yang memiliki pemikiran yang cerdas. Tubuhnya tidak terlalu tinggi namun bertubuh tegap. Orang selalu membandingkannya dengan singa muda. Saad berasal dari keluarga bangsawan yang kaya raya dan sangat disayangi kedua orang tuanya, terutama ibunya. Walaupun berasal dari Mekah, dia sangat benci kepada upacara penyembahan berhala yang menjadi budaya di Mekah ketika itu. Suatu hari, dia didatangi Abu Bakar RA dan mengajak Saad menemui Nabi Muhammad SAW di sebuah bukit berhampiran Kota Mekah. Beliau pun segera menerima undangan Nabi Muhammad SAW dan kemudian Saad menjadi salah seorang sahabat yang pertama masuk Islam. Sa...

Sejarah Perjuangan Mat Kilau di Negeri Pahang

Mat Kilau diiktiraf sebagai salah seorang pahlawan Melayu yang berani menentang penjajahan British di Pahang pada akhir abad ke-19. Bapa kepada Mat Kilau ialah Imam Rasu atau digelar Tok Gajah dan Ibundanya pula bernama Teh Mahda.  Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1865 di Kg. Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang. Ketika berusia 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud. Hasil perkahwinan ini, Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Dikatakan setelah berkahwin, Mat Kilau mula memperdalamkan ilmu Persilatan, Keagamaan disamping Ilmu Kebatinan. Antara kelebihan Mat Kilau ialah berkemampuan untuk menghilangkan diri dalam sekelip mata. Antara guru yang banyak menumpahkan ilmu kepada beliau juga tidak lain tidak bukan bapanya sendiri iaitu Tok Gajah. Menurut lain-lain sumber Mat Kilau juga mempunyai seorang Guru Agama & Kebatinan iaitu Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan s...