Skip to main content

Pemimpin Agung Salahuddin Al-Ayubi & Kata-kata bijaksana

“Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan Masjid Al-Aqsa masih lagi ditawan musuh” ~Salahuddin Al-Ayubi

Salahuddin Al-Ayubi, atau nama penuhnya Salah ad-Din Yusuf ibn Ayyub, adalah seorang panglima Islam yang terkenal pada abad ke-12. Beliau lahir pada tahun 1137 di Tikrit (kini di Iraq) dan merupakan pengasas Dinasti Ayyubiyyah.

Salahuddin mengisi masa mudanya dengan mempelajari teknik, strategi dan politik di dalam peperangan. Beliau kemudian turut mendapat pendidikan di Damaskus untuk mempelajari teologi Sunni selama sepuluh tahun. Pada 1164, beliau diberi kepercayaan oleh penguasa Damaskus ke Mesir untuk membantu Dinasti Fatimiyah melawan serangan tentara Salib.

Ketika Salahuddin berada di Mesir, beliau diminta untuk mempertahankan wilayah itu daripada serangan Kerajaan Latin Jerusalem di bawah pimpinan Raja Amalrik I.

Salahuddin terkenal kerana keberanian, kebijaksanaan, dan sifat berperikemanusiaannya. Beliau memainkan peranan penting dalam Perang Salib, terutama dalam Pertempuran Hattin (1187), di mana beliau berjaya mengalahkan tentera Salib dan membebaskan Baitulmaqdis daripada penguasaan Kristian.

Walaupun seorang pejuang yang hebat, Salahuddin juga dikenali kerana sifat belas kasihan dan adilnya terhadap musuh. Ketika menawan Baitulmaqdis, beliau tidak membalas dendam terhadap penduduk Kristian, malah membenarkan mereka pergi dengan selamat.

Semasa berjihad Salahuddin al-Ayyubi selalu membawa sebuah peti tertutup yang amat dijaganya. Orang terdekat menyangka terdapat berbagai batu permata dan benda berharga tersembunyi di dalamnya. Tetapi selepas wafatnya apabila peti dibuka maka yang ditemui hanyalah sehelai surat wasiat dan kain kafan yang dibeli dari titik peluhnya sendiri dan sedikit tanah.

Apabila surat itu dibuka tertulis, Kafankanlah aku dengan kain kafan yang pernah dibasahi air zam-zam ini, yang pernah mengunjungi kaabah yang mulia dan makam Rasulullah s.a.w. Tanah ini ialah sisa-sisa masa perang, buatkanlah darinya ketulan untuk alas kepalaku di dalam kubur”
Dari tanah tersebut dapat dibuat 12 ketulan tanah yang hari ini terletak di bawah kepala Salahuddin al-Ayyubi. Setiap kali Salahuddin al-Ayyubi kembali dari berperang yang dimasuki bertujuan berjihad kepada Allah, beliau akan berusaha mengumpulkan tanah-tanah yang melekat pada muka dan pakaiannya dan meletakkannya di dalam peti rahsia itu. Beliau telah berjaya mengumpulkan tanah yang boleh dibuat 12 ketulan, kiralah berapa banyak pertempuran yang dihadapinya kerana berjihad bagi menegakkan kalimah Allah Swt.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1193 di Damsyik (Syria) dan dikenang sebagai salah satu pemimpin Islam yang agung dalam sejarah.

Kata-kata hikmat Salahudin Al-Ayubi

1. Saya meminta KEKUATAN
dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuatkan saya KUAT.

2. Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN
dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN.

3. Saya meminta untuk KEMAKMURAN
dan Allah memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk BEKERJA.

4. Saya meminta KEBERANIAN
dan Dia memberi saya BAHAYA untuk DIATASI.

5. Saya meminta CINTA
dan Dia memberi saya orang-orang yang BERMASALAH untuk DIBANTU.

6. Saya meminta NIKMAT
dan Dia memberikan saya PELUANG.

7. Saya TIDAK MEMINTA apa-apa untuk DIRI SAYA,
tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN.

Semoga Allah memberkati beliau dan menaikkan Makam beliau tinggi di Sisi Allah Swt. Amin Ya Robbal Alamin

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Hidup Hassan Al-Basri & 40 Nasihat Kehidupan

Hasan al-Basri dilahirkan di Kota Madinah, pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Hasan al-Basri juga pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulullah S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai Ulama terkemuka dalam peradaban Islam. Hasan al-Basri telah meninggal dunia di Basrah, Iraq, pada hari jumaat 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi), pada umur 89 tahun. Beliau pernah hidup di zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Keilmuan dan ketokohan Imam Hasan al-Basri amat luar biasa dan tidak perlu disangkal lagi. Al-Imam Abu Salamah at-Tabuzaki mengatakan “aku menghafal daripada Imam Hasan al-Basri lapan ribu permasalahan Fiqh dan Hadith”. Saidina Anas ibn Malik pernah mengatakan “kalian tanyalah pada Imam Hasan al-Basri kerana beliau itu kuat ingatan sedangkan kami lupa”. Manakala menurut Imam Muhammad ibn Saad di dalam kitabnya menyebut “Imam Hasan al-Basri orang yang mengumpulkan semua ilmu, sangat alim, sangat mendal...

Saad Bin Abi Waqqas berdakwah di Negara China

Saad bin Abi Waqas, Pendakwah pertama ke Negara China Nama sebenar beliau ialah Abu Ishaq Sa‘ad bin Abu Waqqas Malik bin Uhaib bin ‘Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai al-Qurasyi al-Zuhri al-Makki. Beliau termasuk dalam kalangan sepuluh orang yang dijanjikan syurga. Saad lahir dan membesar di kota Mekah, Dia dikenali sebagai pemuda yang memiliki pemikiran yang cerdas. Tubuhnya tidak terlalu tinggi namun bertubuh tegap. Orang selalu membandingkannya dengan singa muda. Saad berasal dari keluarga bangsawan yang kaya raya dan sangat disayangi kedua orang tuanya, terutama ibunya. Walaupun berasal dari Mekah, dia sangat benci kepada upacara penyembahan berhala yang menjadi budaya di Mekah ketika itu. Suatu hari, dia didatangi Abu Bakar RA dan mengajak Saad menemui Nabi Muhammad SAW di sebuah bukit berhampiran Kota Mekah. Beliau pun segera menerima undangan Nabi Muhammad SAW dan kemudian Saad menjadi salah seorang sahabat yang pertama masuk Islam. Sa...

Saidina Uthman Bin Affan yang Baik Hati

Dari Abdurrahman bin Khabbab dia berkata; Aku melihat Nabi Muhammad SAW ketika beliau memberi semangat terhadap pasukan Usrah (pasukan Tabuk).  Lalu Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, aku akan memberikan seratus unta lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah."  Kemudian baginda memberi semangat terhadap pasukan tersebut, maka Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, saya tambah dua ratus ekor unta lagi lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah."  Kemudian baginda memberi semangat terhadap tentera, maka Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, aku akan menambah tiga ratus unta lagi lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah." Maka aku melihat Nabi Muhammad SAW turun dari mimbar sambil bersabda: "Maka tidak ada lagi yang dapat membahayakan Uthman setelah kebaikannya ini, tidak ada lagi yan...