Skip to main content

Pengorbanan Abdul Rahman Bin Auf R.A.

Nama sebenar Abdul Rahman Bin Auf ialah Abdu Amru, juga salah seorang di antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga.

Sebagaimana muhajirin yang lain, Abdurrahman berhijrah ke Madinah sehelai sepinggang. Rasulullah SAW mempersaudarakan Abdurrahman dengan seorang Ansar bernama Saad bin ar-Rabi’.

berkata Saad, “Wahai saudaraku. Akulah orang paling kaya di antara ahli Madinah. Aku memiliki dua kebun dan dua isteri. Pilihlah kebun mana yang kau berkenan, ia milikmu. Pilihlah juga salah seorang isteriku, akan aku ceraikannya untukmu.”

“Semoga Allah memberkati keluarga dan hartamu. Tapi aku cuma nak minta kamu tunjukkan aku di mana letaknya pasar sahaja.” Jawab Abdurrahman menolak tawaran Saad.

Maka Saad menunjukkan lokasi pasar kepada Abdurrahman. Lalu Abdurrahman berniaga di sana. Dalam tempoh yang singkat, beliau telah berjaya meraih keuntungan yang tinggi. Dengan mudah beliau mampu mengumpul wang untuk dijadikan mahar, lalu beliau berkahwin.

Usai itu Abdurrahman berjumpa Rasulullah dan menceritakan keadaannya kini. Rasulullah pun berdoa:
“Semoga Allah memberkati hartamu..”

Abdurrahman bin Auf termasuk salah seorang daripada tujuh orang terawal memeluk Islam. Abdurrahman diberi kelebihan oleh Allah swt dengan memiliki kekayaan dan harta yang melimpah ruah melalui hasil perniagaannya.

Kekayaan dan kemewahan sedikit pun tidak membuatkannya lupa diri. Beliau sentiasa menafkahkan hartanya ke jalan Allah s.w.t. Ketika dikhabarkan yang beliau adalah antara sahabat yang dijamin syurga, beliau lebih berkobar-kobar untuk bersedekah dan memberikan hartanya di jalan Allah. Dikhabarkan Abdurrahman menafkahkan 40,000 dirham emas, 40,000 dirham perak, 500 ekor kuda dan 1500 ekor unta untuk keperluan perjuangan menegakkan Islam. Beliau sempat berhijrah ke Habsyah sebanyak dua kali.

Beliau seorang hartawan, dermawan dan pejuang.Kekayaannya melimpah ruah. Namun beliau terus menganggap dirinya sebagai pengamanah harta Allah swt. Beliau hidup secara sederhana sehinggalah pada akhir hayatnya.

Abdul Rahman mempunyai beribu-ribu binatang ternakan. Seratus ekor kudanya boleh digunakan untuk berperang. Jumlah untanya pula 100 ekor, sementara jumlah kambingnya sebanyak 10,000 ekor. Hartanya tidak terkira banyaknya.

Bagaimanapun, ketika beliau meninggal dunia, seperempat daripada jumlah kekayaannya menyamai 84,000 dinar ketika itu.

Abdul Rahman pernah dianggap hartawan terkaya di Makkah dan kemudian di Madinah. Namun beliau juga paling banyak memerdekakan hamba sehingga mengakibatkan banyak kerugian kepada para pemiliknya.

Selain amat pemurah, beliau warak sehingga disebut oleh Rasulullah sebagai salah seorang daripada 10 sahabat yang dijamin masuk syurga. Sebagai seorang yang zuhud, beliau hidup berpada saja.

Suatu hari hartawan Abdul Rahman menangis begitu pilu.
Apabila ditanya mengapa beliau begitu bersedih, beliau menjawab:
“Sahabatku Mas’ab, sesungguhnya, lebih baik daripadaku!”.
“Mengapa?”, tanya seorang sahabat. “Dia meninggal dunia pada zaman Rasulullah tanpa mempunyai sehelai kain yang boleh dijadikan pembalut jenazahnya”.

Abdul Rahman juga menyatakan bapa saudara Rasulullah, Hamzah bin Abdul Mutalib, merupakan manusia lebih utama daripadanya.
Hamzah terkorban dalam Perang Uhud. Oleh kerana keadaan yang miskin, mayat Hamzah kekurangan kain kafan.

Abdul Rahman amat takut dileka oleh kekayaannya.  Beliau dilahirkan 10 tahun setelah Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad saw.  Beliau dibesarkan di kota Makkah yang penuh dengan pelbagai kejahatan masyarakat jahiliah ketika itu, termasuk penyembahan pelbagai berhala.

Dalam beberapa peperangan membela Islam, beliau ikut berjuang, antaranya Perang Badar dan Perang Uhud.
Beliau pernah menderita ditusuk 21 tikaman di seluruh tubuhnya dan parah kakinya demi menegakkan syiar Islam. Beliau tidak sahaja rela menawarkan nyawanya, malah harta kekayaannya.

Beliau sering menjadi pembiaya angkatan perang Muslim dengan membelikan pelbagai senjata dan keperluan jihad menentang musuh.


Ketika umat Islam tertindas di Makkah pada peringkat awal, Abdul Rahman menuruti suruhan Nabi agar berhijrah ke Habsyah.

Sebagai pedagang dan hartawan Quraisy yang berkedudukan tinggi di kalangan sukunya, beliau menolak ajakan kaumnya menentang ajaran Muhammad. Malah sebaliknya beliau berusaha mengembangkan agama Allah itu tanpa takut dan gentar.
Akibatnya pelbagai tekanan kaumnya kepada dirinya dan anak isterinya tidak dipedulikan. Tidak lama setelah itu beliau kembali semula ke Makkah hinggalah saat Allah memerintahkan Rasulullah melakukan hijrah ke Madinah.

Rasulullah pernah menyerahkan tugas melindungi Ummahatul Mukminin iaitu para isteri Rasulullah kepada Abdul Rahman.

Setelah kewafatan Rasulullah, Ummahatul Mukminin menunaikan ibadat haji di bawah perlindungan Abdul Rahman.

Ketika Umar Al-Khattab menyandang jawatan khalifah, Abdul Rahman ditugaskan sebagai ketua rombongan haji pada tahun pertama pemerintahannya. Pengorbanannya amat dihargai oleh Rasulullah dan para sahabat, termasuk khalifah Abu Bakar Assidiq, Umar Al-Khattab dan Usman bin Affan.

Olahan & Rujukan dari :
bicarasantai2011
PasPusat

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Hidup Hassan Al-Basri & 40 Nasihat Kehidupan

Hasan al-Basri dilahirkan di Kota Madinah, pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Hasan al-Basri juga pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulullah S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai Ulama terkemuka dalam peradaban Islam. Hasan al-Basri telah meninggal dunia di Basrah, Iraq, pada hari jumaat 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi), pada umur 89 tahun. Beliau pernah hidup di zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Keilmuan dan ketokohan Imam Hasan al-Basri amat luar biasa dan tidak perlu disangkal lagi. Al-Imam Abu Salamah at-Tabuzaki mengatakan “aku menghafal daripada Imam Hasan al-Basri lapan ribu permasalahan Fiqh dan Hadith”. Saidina Anas ibn Malik pernah mengatakan “kalian tanyalah pada Imam Hasan al-Basri kerana beliau itu kuat ingatan sedangkan kami lupa”. Manakala menurut Imam Muhammad ibn Saad di dalam kitabnya menyebut “Imam Hasan al-Basri orang yang mengumpulkan semua ilmu, sangat alim, sangat mendal...

Saad Bin Abi Waqqas berdakwah di Negara China

Saad bin Abi Waqas, Pendakwah pertama ke Negara China Nama sebenar beliau ialah Abu Ishaq Sa‘ad bin Abu Waqqas Malik bin Uhaib bin ‘Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai al-Qurasyi al-Zuhri al-Makki. Beliau termasuk dalam kalangan sepuluh orang yang dijanjikan syurga. Saad lahir dan membesar di kota Mekah, Dia dikenali sebagai pemuda yang memiliki pemikiran yang cerdas. Tubuhnya tidak terlalu tinggi namun bertubuh tegap. Orang selalu membandingkannya dengan singa muda. Saad berasal dari keluarga bangsawan yang kaya raya dan sangat disayangi kedua orang tuanya, terutama ibunya. Walaupun berasal dari Mekah, dia sangat benci kepada upacara penyembahan berhala yang menjadi budaya di Mekah ketika itu. Suatu hari, dia didatangi Abu Bakar RA dan mengajak Saad menemui Nabi Muhammad SAW di sebuah bukit berhampiran Kota Mekah. Beliau pun segera menerima undangan Nabi Muhammad SAW dan kemudian Saad menjadi salah seorang sahabat yang pertama masuk Islam. Sa...

Saidina Uthman Bin Affan yang Baik Hati

Dari Abdurrahman bin Khabbab dia berkata; Aku melihat Nabi Muhammad SAW ketika beliau memberi semangat terhadap pasukan Usrah (pasukan Tabuk).  Lalu Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, aku akan memberikan seratus unta lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah."  Kemudian baginda memberi semangat terhadap pasukan tersebut, maka Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, saya tambah dua ratus ekor unta lagi lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah."  Kemudian baginda memberi semangat terhadap tentera, maka Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, aku akan menambah tiga ratus unta lagi lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah." Maka aku melihat Nabi Muhammad SAW turun dari mimbar sambil bersabda: "Maka tidak ada lagi yang dapat membahayakan Uthman setelah kebaikannya ini, tidak ada lagi yan...