Skip to main content

Sheikh Samman Al-Madani & Pengaruh Keilmuannya Di Nusantara

Sheikh Samman Al-Madani atau nama lengkap beliau iaitu Muhammad bin Abd al-Karim al-Madani as-Syafi’i as-Samman, beliau lahir pada tahun 1130 H/1718 M di Madinah yang berasal dari kaum Quraisy dan juga wafat disana pada tahun 1189 H/1775 M. Beliau dimakamkan di pemakaman Baqi’ dimana isteri dan sahabat Rasulullah Saw juga dimakamkan di sana.

Beliau digelar oleh murid-muridnya as-Samman yang artinya pedagang mentega, kerana di saat makanan mereka habis, beliau menurunkan timba ke dalam perigi dan ketika timba tersebut muncul, ianya penuh dengan mentega. 

Adapun gelar-gelar yang pernah beliau dapatkan antara lain ialah al-Waliy al-Kamil Mukammil, Khatam Ahl al-Irfan, al-Arif billah dan lain-lain lagi.

Silsilah Nasab Syaikh Samman Al-Madani Al-Hasani

1. Nabi Muhammad Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam
2. Fatimah Az-Zahro
3. Hasan Al-Mujtaba
4. Hasan Al-Mutsanna
5. Abdullah Al-Mahdi
6. Musa Al-Jun
7. Abdullah Ar-Ridho
8. Musa Ats-Tsani
9. Daud
10. Muhammad Al-Madani
11. Yahya Az-Zahid
12. Abdullah Al-Jili
13. Musa Janki Dausat
14. Al-Imam Sulthonol Aulia Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani
15. Hasan Al-Qodiri
16. Abdullah
17. Muhammad
18. Yahya
19. Zakariya
20. Muhammad
21. Ahmad Al-Mutsanna
22. Ahmad
23. Ali
24. Abdurrozaq
25. Muhammad
26. Abdul Wahab
27. Qodir
28. Zaini
29. Ahmad
30. Muhammad
31. Musthofa
32. Faaris
33. Athoya
34. Al-Imam Samman Al-Madani
35. Al-Imam Abdul Karim As-Samman Al-Qodiri Al-Madani
36. Al-Imam Ghauts Az-Zaman Qutbul Akwan Asy-Syaikh Muhammad Samman Al-Madani Al-Qodiri Al-Hasani

Syeikh Samman ketika hidup hingga wafat selalu di kota Madinah, dan beliau tinggal di rumah milik Abu Bakar al-Shiddiq iaitu sahabat Rasulullah Saw. Sejak kecil beliau gemar dalam menuntut ilmu agama kepada ulama-ulama yang berada di sekitar Madinah dan beliau sudahpun menghafal al-Qur’an diwaktu usianya lapan tahun. 

Di masa remajanya, Syekh Samman telah menjadi guru agama di Madrasah Sanjariyah yang terletak di Madinah dan juga banyak menerima murid yang berasal dari negara yang jauh. Akan tetapi, Syekh Samman tidak pernah merasa puas akan ilmu yang beliau miliki dan tetap belajar kepada ulama-ulama yang ada pada zamannya.

Antara bidang-bidang ilmu yang beliau pelajari adalah seperti bidang hukum Islam, Syekh Samman juga berguru kepada Muhammad al-Daqqaq, Sayyid Ali al-Aththar, Ali al-Kurdi, Abd al-Wahhab at-Thanthawi dan Said Hilal al-Makki. Kemudian di dalam bidang ilmu hadis, beliau berguru kepada Muhammad Hayyat (seorang pengikut tarekat Naqsyabandiyah). Lalu pada bidang tasawuf dan ketauhidan guru beliau ialah Musthafa bin Kamal ad-Din al-Bakri yang berasal dari Damaskus dan menetap di Madinah. Di antara guru beliau yang merupakan pengikut tarekat Khalwatiyah iaitu Muhammad bin Salim al-Hifnawi dan Muhammad al-Kurdi. 

Di dalam manaqib beliau dikisahkan awal mula Syekh Samman dalam menjalani tarekat dan hakikat. Pada suatu hari ketika Syekh Samman berkhalwah, beliau kebetulan sedang mengenakan baju yang indah, kemudian Syekh Abdul Qodir Al-Jailani mendatangi beliau dengan membawa sebuah jubah berwarna putih dan menyuruh beliau untuk melepaskan bajunya yang indah dan mengenakan jubah putih yang dibawa oleh Syekh Abdul Kadir al-Jailani seraya berkata “Inilah pakaian yang layak untukmu”.

Antara Murid-Muridnya adalah :

1. Ismail Al-Khalidi Al-Minangkabawi, Syaikh Tarekat Naqsabandiyah dari Sumatera Barat 
2. Qutbuz Zaman Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah Al-Banjari - Martapura
3. Qutbul Maktum Syaikh Abul Abbas Ahmad At-Tijani Al-Hasani, pendiri Tarekat Tijaniyah
4. Qutbul Syaikh Abdus Samad Al-Palimbani
5. Qutbul Syaikh Abdul Wahab Bugis dari Sulawesi Selatan
6. Qutbul Syaikh Abdurrahman Mishri Al-Jawi Al-Batawi Al-Husaini
7. Qutbul Syaikh Dawud Al-Fathani dari Thailand

Syekh Samman menurut khabarnya kerap kali menyembunyikan ilmu dan amalan yang beliau miliki, sehingga Rasulullah memerintahkan kepada Syekh Samman untuk membahagikan ilmu dan amalan yang beliau miliki kepada masyarakat di kota Madinah, sehingga ilmu dan amalan beliau dikenal oleh orang ramai dan ingin mengambil tarekat kepada beliau. 

Sheikh Samman juga kerap kali menerima hadiah dari Raja berupa emas, perak dan sebagainya, namun Syekh Samman tidak mengambil sedikit pun dan langsung memberikannya kepada fakir miskin. 

Beliau mengajarkan kepada para muridnya bagaimana cara Solat, berselawat, berzikir kepada Allah, beristighfar, dan cara berdoa kepada Allah. Kemudian beliau juga mengajarkan tentang akhlak yang mulia, sopan santun, zuhud, tauhid, tasawuf dan lain-lain.

Kegigihan beliau dalam mempelajari ilmu tasawuf kepada guru-guru beliau, membuatkan Syekh Samman menjadi seorang mursyid yang mampu mendirikan tarekat sendiri, sehingga kemuliaan yang dimiliki beliau tetap di ketahui oleh ramai manusia.

Olahan dan Daftar Rujukan dari :

Atjeh, Aboebakar. Tarekat Dalam Tasawuf. Bharu, Kelantan: Pustaka Aman Press, 1993.

Sya’rani, Ahmad. “ETIKA GURU DAN MURID DALAM TARIKAT SAMMANIYAH.” Ilmu Ushuluddin 15, no. 2 (2016): 123–28.

Tedy, Armin. “Tarekat Mu’tabaroh Di Indonesia (Studi Tarekat Shiddiqiyyah Dan Ajarannya).” El-Afkar 6, no. 1 (2017): 32–42.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Hidup Hassan Al-Basri & 40 Nasihat Kehidupan

Hasan al-Basri dilahirkan di Kota Madinah, pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Hasan al-Basri juga pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulullah S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai Ulama terkemuka dalam peradaban Islam. Hasan al-Basri telah meninggal dunia di Basrah, Iraq, pada hari jumaat 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi), pada umur 89 tahun. Beliau pernah hidup di zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Keilmuan dan ketokohan Imam Hasan al-Basri amat luar biasa dan tidak perlu disangkal lagi. Al-Imam Abu Salamah at-Tabuzaki mengatakan “aku menghafal daripada Imam Hasan al-Basri lapan ribu permasalahan Fiqh dan Hadith”. Saidina Anas ibn Malik pernah mengatakan “kalian tanyalah pada Imam Hasan al-Basri kerana beliau itu kuat ingatan sedangkan kami lupa”. Manakala menurut Imam Muhammad ibn Saad di dalam kitabnya menyebut “Imam Hasan al-Basri orang yang mengumpulkan semua ilmu, sangat alim, sangat mendal...

Saad Bin Abi Waqqas berdakwah di Negara China

Saad bin Abi Waqas, Pendakwah pertama ke Negara China Nama sebenar beliau ialah Abu Ishaq Sa‘ad bin Abu Waqqas Malik bin Uhaib bin ‘Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai al-Qurasyi al-Zuhri al-Makki. Beliau termasuk dalam kalangan sepuluh orang yang dijanjikan syurga. Saad lahir dan membesar di kota Mekah, Dia dikenali sebagai pemuda yang memiliki pemikiran yang cerdas. Tubuhnya tidak terlalu tinggi namun bertubuh tegap. Orang selalu membandingkannya dengan singa muda. Saad berasal dari keluarga bangsawan yang kaya raya dan sangat disayangi kedua orang tuanya, terutama ibunya. Walaupun berasal dari Mekah, dia sangat benci kepada upacara penyembahan berhala yang menjadi budaya di Mekah ketika itu. Suatu hari, dia didatangi Abu Bakar RA dan mengajak Saad menemui Nabi Muhammad SAW di sebuah bukit berhampiran Kota Mekah. Beliau pun segera menerima undangan Nabi Muhammad SAW dan kemudian Saad menjadi salah seorang sahabat yang pertama masuk Islam. Sa...

Saidina Uthman Bin Affan yang Baik Hati

Dari Abdurrahman bin Khabbab dia berkata; Aku melihat Nabi Muhammad SAW ketika beliau memberi semangat terhadap pasukan Usrah (pasukan Tabuk).  Lalu Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, aku akan memberikan seratus unta lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah."  Kemudian baginda memberi semangat terhadap pasukan tersebut, maka Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, saya tambah dua ratus ekor unta lagi lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah."  Kemudian baginda memberi semangat terhadap tentera, maka Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, aku akan menambah tiga ratus unta lagi lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah." Maka aku melihat Nabi Muhammad SAW turun dari mimbar sambil bersabda: "Maka tidak ada lagi yang dapat membahayakan Uthman setelah kebaikannya ini, tidak ada lagi yan...