Skip to main content

Abu Hurairah yang digelar Bapa kepada Kucing dan yang Paling banyak meriwayatkan Hadis

Nama asal Abu Hurairah sebelum memeluk agama Islam ialah Syams bin Shakr ad-Dusi. Namun setelah masuk Islam, Rasulullah SAW memberinya nama Abdurrahman bin Shakr ad-Dusi.

Abu Hurairah pertama kali masuk Islam ialah pada tahun ke tujuh Hijriyyah atas ajakan ath-Thufail bin Umar ad-Dusi. Beliaulah ialah satu-satunya yang menerima dakwah Islam yang disampaikan oleh ath-Thufail kepada kabilah Dus. Sebelumnya, kabilah Dus hanyalah ath-Thufail dan istrinya yang menganut Agama Islam.

Saat Abu Hurairah dan ath-Thufail menemui Rasulullah SAW. Dikisahkan Abu Hurairah berkata “hancurlah kabilah Dus”, akan tetapi Rasulullah justru berdoa atasnya. “Ya Allah, berilah hidayah kepada kabilah Dus.”

Abu Hurairah merupakan rujukan dan pengambilan riwayat oleh sahabat Nabi yang lain. Antara Sahabat Nabi yang pernah mengambil riwayat Abu Hurairah diantaranya adalah: Zaid bin Tsabit, Abu Ayub al-Ansari, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair, Ubai bin Ka’ab, Jabir bin Abdillah, sayyidah Aisyah, al-Masur bin Makhramah, Abu Musa al-Asy’ari, Anas bin Malik, Abu Rafi’ dan sahabat lainnya.

Pada suatu hari, Abu Hurairah ditugaskan oleh Rasulullah untuk menjaga baitul mal, ketika melaksanakan tugas tersebut, datang seorang yang tidak dikenali yang ingin mencuri harta umat Islam. Namun, dihadapan Abu Hurairah, pencuri ini meronta dan meminta belas kasih sehingga beliau melepaskannya. Kejadian tersebut bahkan berulang sampai tiga kali.

Antara alasan mengapa Abu Hurairah melepaskan pencuri itu adalah karena pencuri menawarkan sebuah ilmu sebagai imbalan agar beliau melepaskannya.

Ilmu tersebut ialah “Kalimat ayatul kursi, jika engkau membacanya waktu hendak tidur, maka Allah akan menjagamu sampai pagi,.” Abu Hurairah pun melepaskan pencuri tersebut.

Sikap Abu Hurairah pada kejadian ini adalah sikap seseorang yang mencintai ilmu. Seseorang yang benar mencintai ilmu pasti akan menerima ilmu dari siapapun termasuk seorang pencuri.

Digelar Bapa Kucing

Gelaran tersebut diberikan langsung oleh Rasulullah SAW, dan dikisahkan di dalam riwayat yang disampaikan oleh Abu Hurairah:

“Dulu aku adalah seorang penggembala kambing milik keluargaku. Ketika itu, aku memiliki seekor kucing kecil. Ketika di waktu malam, aku meletakkan kucing tersebut di atas pohon. Ketika siang hari aku hendak menggembala kambing, aku akan mengambil kucing tersebut dan membawanya bersamaku dan aku bermain-main dengan kucing tersebut. Semenjak itulah aku dijuluki Abu Hurairah.”

Abu Hurairah Sahabat Setia Nabi Muhammad SAW

Setelah hijrah ke Madinah, Abu Hurairah menjadi penduduk Suffah, Rumah beliau dekatbdengan masjid Nabi, di mana para sahabat tinggal. Beliau mendampingi Nabi Muhammad dengan erat dan turut serta di dalam berbagai ekspedisi dan perjalanan. Keterlibatannya dalam bidang ketenteraan bermula selepas Perang Khaybar, menandakan kehadirannya dalam peristiwa-peristiwa besar seperti Perang Mu’tah, Fathul Mekah, Perang Hunayn, dan Ekspedisi Tabuk.

Komitmen Abu Hurairah untuk mengekalkan ajaran Nabi terlihat melalui peranannya sebagai perawi hadis, perkataan dan tindakan Nabi Muhammad SAW. Menantunya, Said ibn al-Musayyib, berkahwin dengan anak perempuan Abu Hurairah untuk mendekati dan belajar daripadanya. Tambahan pula, Hammam ibn Munabbih, seorang murid Abu Hurairah, mengumpulkan koleksi hadis daripadanya dalam Sahifah Hammam ibn Munabbih.

Walaupun maklumat mengenai keluarga Abu Hurairah amat sedikit, diketahui bahawa beliau mempunyai isteri bernama Basra bint Ghazwan. Warisannya kekal melalui sumbangan pentingnya terhadap pemeliharaan ajaran Nabi dan kesetiaannya yang teguh kepada Islam. Perjalanan hidup Abu Hurairah bermula dari seorang pemeluk Islam terawal hingga menjadi sahabat yang dipercayai.

Abu Hurairah meninggal dunia pada tahun 57 Hijrah, ada yang mengatakan 58 Hijrah dan ada yang mengatakan 59 Hijrah ketika berusia 78 tahun.

Olahan & Rujukan dari :

Kumpulan Hadis
Detik Hikmah
TheNoor

Comments

Popular posts from this blog

Saad Bin Abi Waqqas berdakwah di Negara China

Saad bin Abi Waqas, Pendakwah pertama ke Negara China Nama sebenar beliau ialah Abu Ishaq Sa‘ad bin Abu Waqqas Malik bin Uhaib bin ‘Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai al-Qurasyi al-Zuhri al-Makki. Beliau termasuk dalam kalangan sepuluh orang yang dijanjikan syurga. Saad lahir dan membesar di kota Mekah, Dia dikenali sebagai pemuda yang memiliki pemikiran yang cerdas. Tubuhnya tidak terlalu tinggi namun bertubuh tegap. Orang selalu membandingkannya dengan singa muda. Saad berasal dari keluarga bangsawan yang kaya raya dan sangat disayangi kedua orang tuanya, terutama ibunya. Walaupun berasal dari Mekah, dia sangat benci kepada upacara penyembahan berhala yang menjadi budaya di Mekah ketika itu. Suatu hari, dia didatangi Abu Bakar RA dan mengajak Saad menemui Nabi Muhammad SAW di sebuah bukit berhampiran Kota Mekah. Beliau pun segera menerima undangan Nabi Muhammad SAW dan kemudian Saad menjadi salah seorang sahabat yang pertama masuk Islam. Sa...

Kisah Hidup Hassan Al-Basri & 40 Nasihat Kehidupan

Hasan al-Basri dilahirkan di Kota Madinah, pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Hasan al-Basri juga pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulullah S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai Ulama terkemuka dalam peradaban Islam. Hasan al-Basri telah meninggal dunia di Basrah, Iraq, pada hari jumaat 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi), pada umur 89 tahun. Beliau pernah hidup di zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Keilmuan dan ketokohan Imam Hasan al-Basri amat luar biasa dan tidak perlu disangkal lagi. Al-Imam Abu Salamah at-Tabuzaki mengatakan “aku menghafal daripada Imam Hasan al-Basri lapan ribu permasalahan Fiqh dan Hadith”. Saidina Anas ibn Malik pernah mengatakan “kalian tanyalah pada Imam Hasan al-Basri kerana beliau itu kuat ingatan sedangkan kami lupa”. Manakala menurut Imam Muhammad ibn Saad di dalam kitabnya menyebut “Imam Hasan al-Basri orang yang mengumpulkan semua ilmu, sangat alim, sangat mendal...

Saidina Uthman Bin Affan yang Baik Hati

Dari Abdurrahman bin Khabbab dia berkata; Aku melihat Nabi Muhammad SAW ketika beliau memberi semangat terhadap pasukan Usrah (pasukan Tabuk).  Lalu Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, aku akan memberikan seratus unta lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah."  Kemudian baginda memberi semangat terhadap pasukan tersebut, maka Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, saya tambah dua ratus ekor unta lagi lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah."  Kemudian baginda memberi semangat terhadap tentera, maka Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, aku akan menambah tiga ratus unta lagi lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah." Maka aku melihat Nabi Muhammad SAW turun dari mimbar sambil bersabda: "Maka tidak ada lagi yang dapat membahayakan Uthman setelah kebaikannya ini, tidak ada lagi yan...