Skip to main content

Kisah Saidina Thalhah Bin Ubaidillah dan Perang Uhud

Thalhah bin Ubaidillah merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang paling berjasa melindungi Nabi Muhammad saw di medan peperangan. Kisah heroiknya ini yang membuatnya menjdi salah satu pahlawan Perang Uhud yang dijamin syurga.

sebagaimana yang dikisahkan oleh Qais bahawa beliau berkata:
Aku melihat tangan Thalhah menjadi lumpuh kerana melindungi Nabi SAW ketika perang Uhud.”   
(Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda :
“Siapa yang ingin melihat seorang syahid yang berjalan di atas muka bumi, lihatlah pada Thalhah bin Ubaidillah.” 
(HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)


Sejarah Kehidupan Saidina Thalhah bin Ubaidullah R.A

Beliau ialah Abu Muhammad Talhah bin ‘Ubaidullah bin Uthman bin Amr bin Kaab bin Saad bin Taim bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Al-Nadhr bin Kinanah al-Qurasyi al-Taimi al-Makki. Thalhah bin Ubaidullah memeluk Islam melalui Abu Bakar R.A.

Beliau lahir 28 tahun sebelum hijrah, di Kota Mekah. Nasabnya bertemu dengan nasab Rasulullah saw pada Murrah dan dengan nasab Abu Bakar Ash-shiddiq pada Ta’im bin Murrah. Mereka berdua berasal dari Kabilah Ta’im.

Masyarakat pada waktu itu menggelar Thalhah bin Ubaidillah sebagai  Burung helang Perang Uhud. Gelaran tersebut diberikan kepadanya lantaran penglihatannya yang tajam seperti burung helang. beliau adalah sepupu dari khalifah pertama Abu Bakar bin Abu Quhafah dan selalu mengikuti berbagai peperangan pada peringkat awal Islam.

Thalhah juga merupakan pengikut Rasulullah SAW dalam salah satu gelombang pertama orang yang masuk Islam. Semasa hidupnya, Rasulullah SAW memberikan banyak gelaran kepadanya karena keistimewaan yang dimiliki Thalhah, iaitu Thalhah Al-Khair (Thalhah yang baik), Thalhah Al-Fayyadh (Thalhah yang murah hati), dan Thalhah Al-Jud (Thalhah yang dermawan).

Selain berperang membela jalan Allah SWT, Thalhah bin Ubaidillah ialah seorang saudagar kaya yang memiliki banyak harta melimpah. Semasa mudanya, Thalhah adalah Usahawan berjaya sehingga dia bergelar hartawan. Meskipun masih muda, Thalhah mempunyai kelebihan dalam strategi berdagang.

Walaupun mempunyai harta yang melimpah, perkara tersebut tidak membuatnya sombong. Thalhah justeru menjadi sangat dermawan. 

Satu-satunya peperangan yang tidak disertai Thalhah adalah semasa Perang Badar, pada waktu itu, dia ditugaskan bersama Sa'id bin Zaid untuk ke Madinah. Namun Rasulullah memujuknya dan berkata, beliau mendapatkan Fadhilat Ahli Badar kerana mempunyai tugasan untuk merisik kekuatan Kaum Quraisy.


Cedera Parah di Perang Uhud

Perang Uhud menjadi bukti bahawa cintanya kepada Rasulullah SAW bukan sekadar kata-kata, tetapi terbukti dengan darah dan nyawa.

Perang Uhud adalah salah satu pertempuran paling getir dalam sejarah Islam. Pada mulanya, kaum Muslimin hampir mencapai kemenangan, tetapi apabila pasukan pemanah meninggalkan posisi mereka kerana menyangka perang sudah berakhir, tentera Quraisy mengambil kesempatan untuk menyerang dari arah belakang. Lalu berlaku keributan dan ramai sahabat terpisah daripada Rasulullah SAW. Dalam keadaan genting itu, Talhah bin Ubaidillah adalah antara mereka yang tetap teguh di sisi baginda.

Ketika pasukan Quraisy semakin mendekati Rasulullah SAW, Thalhah bin Ubaidillah segera menjadi perisai demi untuk melindungi baginda. Satu demi satu serangan ditujukan kepada Rasulullah SAW, tetapi Thalhah tidak membiarkan satu pun mengenai tubuh Baginda. Setiap panah, setiap tebasan pedang, dan setiap lontaran tombak diterimanya dengan tubuh sendiri. Dalam sekelip mata, Thalhah telah menerima lebih 70 luka di tubuhnya, termasuk jari-jarinya yang putus akibat menangkis serangan terhadap Rasulullah.

Ketika Rasulullah terkena serangan dan jatuh ke dalam lubang perangkap, Thalhah adalah orang pertama yang segera mengangkat dan melindungi Baginda dengan seluruh tenaganya, Thalhah berusaha membawa Rasulullah ke tempat yang lebih selamat. Walaupun dalam keadaan cedera parah, dia tetap bertahan dan berjuang sehingga darah membasahi seluruh tubuhnya.

Ada riwayat mengatakan bahawa hujan panah diarahkan kepada Rasulullah SAW, sehingga tubuh Nabi berlumuran darah. Ketika itu Thahlah bin Ubaidillah mengetahui bahwa Nabi menjadi sasaran panah orang kafir, Dia melompat dan merangkul Rasulullah dengan tangan kirinya sedang tangan kananya ditebas dengan pedang.

Ketika itu semua orang kafir mengira bahawa Rasulullah telah wafat. Ketika itu Thalhah mengendong Rasulullah SAW menaiki bukit di hujung medan pertempuran. Thalhah mencium tangan Nabi, tubuh dan kaki Nabi Muhammad SAW lalu berkata “Saya pertaruhkan segala-galanya untuk engkau wahai Rasulullah”. Nabi SAW tersenyum dan berkata “Engkau benar-benar Thalhah yang soleh, Syurga Allah pasti telah tersedia untuk mu.”

Ramai yang menyangka Thalhah bin Ubaidillah telah gugur Syahid, ternyata dia hanya pengsan. Karena itulah, Thalhah bin Ubaidillah mendapatkan sebutan syahid yang hidup, meskipun luka di tubuhnya sebanyak 70 kesan anak panah, 79 luka tebasan pedang, tusukan tombak, dan pergelangan tangannya yang putus sebelah.

Atas jasanya yang besar, Thalhah menjadi salah satu dari 10 sahabat yang dijanjikan Allah untuk masuk syurga.

Kematian Saidina Thalhah Bin Ubaidillah RA

Thalhah syahid pada usia enam puluh tahun dalam perang Jamal, ada sumber lain yang memberikan keterangan bahwa Thalhah wafat pada hari Khamis 10 Jamadil Akhir 36H.

Ada pula yang mengatakan bahawa, ada sebatang anak panah dari arah barat yang mencucuk di lehernya. Lalu Thalhah berkata, ”Bismillah, sesungguhnya takdir Allah adalah sesuatu yang telah ditetapkan.” Lalu beliau Wafat.


Olahan & Rujukan dari :

Liputan6
Fb Kuliah Agama
Himpunan Hadis

Comments

Popular posts from this blog

Saad Bin Abi Waqqas berdakwah di Negara China

Saad bin Abi Waqas, Pendakwah pertama ke Negara China Nama sebenar beliau ialah Abu Ishaq Sa‘ad bin Abu Waqqas Malik bin Uhaib bin ‘Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai al-Qurasyi al-Zuhri al-Makki. Beliau termasuk dalam kalangan sepuluh orang yang dijanjikan syurga. Saad lahir dan membesar di kota Mekah, Dia dikenali sebagai pemuda yang memiliki pemikiran yang cerdas. Tubuhnya tidak terlalu tinggi namun bertubuh tegap. Orang selalu membandingkannya dengan singa muda. Saad berasal dari keluarga bangsawan yang kaya raya dan sangat disayangi kedua orang tuanya, terutama ibunya. Walaupun berasal dari Mekah, dia sangat benci kepada upacara penyembahan berhala yang menjadi budaya di Mekah ketika itu. Suatu hari, dia didatangi Abu Bakar RA dan mengajak Saad menemui Nabi Muhammad SAW di sebuah bukit berhampiran Kota Mekah. Beliau pun segera menerima undangan Nabi Muhammad SAW dan kemudian Saad menjadi salah seorang sahabat yang pertama masuk Islam. Sa...

Kisah Hidup Hassan Al-Basri & 40 Nasihat Kehidupan

Hasan al-Basri dilahirkan di Kota Madinah, pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Hasan al-Basri juga pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulullah S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai Ulama terkemuka dalam peradaban Islam. Hasan al-Basri telah meninggal dunia di Basrah, Iraq, pada hari jumaat 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi), pada umur 89 tahun. Beliau pernah hidup di zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Keilmuan dan ketokohan Imam Hasan al-Basri amat luar biasa dan tidak perlu disangkal lagi. Al-Imam Abu Salamah at-Tabuzaki mengatakan “aku menghafal daripada Imam Hasan al-Basri lapan ribu permasalahan Fiqh dan Hadith”. Saidina Anas ibn Malik pernah mengatakan “kalian tanyalah pada Imam Hasan al-Basri kerana beliau itu kuat ingatan sedangkan kami lupa”. Manakala menurut Imam Muhammad ibn Saad di dalam kitabnya menyebut “Imam Hasan al-Basri orang yang mengumpulkan semua ilmu, sangat alim, sangat mendal...

Saidina Uthman Bin Affan yang Baik Hati

Dari Abdurrahman bin Khabbab dia berkata; Aku melihat Nabi Muhammad SAW ketika beliau memberi semangat terhadap pasukan Usrah (pasukan Tabuk).  Lalu Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, aku akan memberikan seratus unta lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah."  Kemudian baginda memberi semangat terhadap pasukan tersebut, maka Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, saya tambah dua ratus ekor unta lagi lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah."  Kemudian baginda memberi semangat terhadap tentera, maka Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, aku akan menambah tiga ratus unta lagi lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah." Maka aku melihat Nabi Muhammad SAW turun dari mimbar sambil bersabda: "Maka tidak ada lagi yang dapat membahayakan Uthman setelah kebaikannya ini, tidak ada lagi yan...