Skip to main content

Sejarah Perjuangan Mat Kilau di Negeri Pahang

Mat Kilau diiktiraf sebagai salah seorang pahlawan Melayu yang berani menentang penjajahan British di Pahang pada akhir abad ke-19.

Bapa kepada Mat Kilau ialah Imam Rasu atau digelar Tok Gajah dan Ibundanya pula bernama Teh Mahda. 

Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1865 di Kg. Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang.

Ketika berusia 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud. Hasil perkahwinan ini, Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.

Dikatakan setelah berkahwin, Mat Kilau mula memperdalamkan ilmu Persilatan, Keagamaan disamping Ilmu Kebatinan. Antara kelebihan Mat Kilau ialah berkemampuan untuk menghilangkan diri dalam sekelip mata.

Antara guru yang banyak menumpahkan ilmu kepada beliau juga tidak lain tidak bukan bapanya sendiri iaitu Tok Gajah. Menurut lain-lain sumber Mat Kilau juga mempunyai seorang Guru Agama & Kebatinan iaitu Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau juga sangat disanjungi oleh pengikut-pengikutnya, antaranya ialah Awang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali, Awang dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati di dalam perjuangan Bersama dengan Mat Kilau.


PERJUANGAN MENENTANG BRITISH

Perjuangan mereka bermula sekitar tahun 1890-an ketika masyarakat Pahang mula memberontak apabila British mengambil alih tugas mengutip cukai dan hasil daripada ketua negara yang dilantik.

Ekoran daripada kejadian itu, British mengisytiharkan perang ke atas beberapa bangsawan Pahang dan mengarahkan mereka untuk ditangkap dan dihukum. Namun, Mat Kilau serta beberapa pemimpin lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat nasionalisme menentang British di Kelantan dan Terengganu.

Perjuangan Mat Kilau juga mendapat sokongan daripada tokoh terkenal dan Ulama’ antaranya Tokku Paloh, Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut di Kelantan.

MAT KILAU DIBURU

Hugh Clifford meminta bantuan dari Raja Siam untuk mengarahkan Sultan Kelantan untuk menyerahkan Mat Kilau sama ada hidup ataupun mati. 

Selepas pengumuman itu dibuat, Mat Kilau berpakat dengan sahabatnya, “Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”

Kata Mat Kilau lagi : “ Itu mudah saja, kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya saya akan pengsan selama dua hari. keadaan saya bagaikan orang mati. Kamu boleh bawa mayat saya kepada sultan tetapi ada syarat dan jaminannya”

“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh Sahaja, apabila sampai di tanah perkuburan, mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau yang ditugaskan untuk menangkapnya tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri!

“Antara sayarat lain ialah, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”

Kemudian Mat Kilau meminum ramuannya, dan pengsan lalu dianggap mati, beliau diusung ke anjung istana negeri Kelantan dan disaksikan orang ramai.

Sultan mansur pun menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur.

Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris. Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang. Namun rahsia itu terbocor dari salah seorang muridnya, menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah. Pada mulanya siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan.

Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau telah diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya. Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas Sahaja. Selepas diperiksa, ternyata benar bahawa peluru itu diperbuat dari emas tulen.

Ketika menjadi pelarian, Mat Kilau mendapat perlindungan dari TokKu Paloh di Terengganu yang bertarekat Naqsyabandiah.

Tokku Paloh kemudian menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad.

Pada tahun 1895, Mat Kilau sekali lagi berpura-pura matinbagi mengaburi mata siam dan inggeris, lalu mayatnya dikuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan. Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri. 


KEMBALINYA MAT KILAU

Pada 26 Disember 1969, negara dikejutkan dengan penampilan seorang lelaki tua dengan memperkenalkan dirinya sebagai Mat Kilau di sebuah masjid di Kampung Pulau Tawar selepas solat Jumaat.

Lelaki berkenaan dikenali oleh penduduk kampung sebagai Mat Siam. Selain menggunakan nama Muhammad Bin Ibrahim, beliau juga digelar sebagai Mat Dahan, Mat Dadu, Mat Teoh dan Din.

Berita itu tersebar dengan pantas ke seluruh negara menerusi akhbar dan mendapat perhatian banyak pihak termasuklah kerajaan pusat serta negeri Pahang. Menteri Besar Pahang ketika itu Tan Sri Yahya Mohd Seth dan rombongannya melawat lelaki berkenaan di rumahnya.

Berikutan isu tersebut, kerajaan Pahang telah membentuk jawatankuasa siasatan pada awal Januari 1970 yang diketuai oleh Datuk Abdul Aziz Ahmad dengan perkenan Sultan Pahang ketika itu. Ahli jawatankuasa tersebut terdiri daripada Ibrahim Arshad, Abdul Razak Hitam, Kapten Mohd. Ali Muhammad, Zakaria Hitam dan Asaari Yaacob.

Namun selepas beberapa hari mesyuarat pertama jawatankuasa itu dibuat, keadaan kesihatan Mat Kilau tiba-tiba merosot dan mengakibatkan dirinya suka untuk bercakap dan bergerak.

Perkara itu dikatakan berlaku kerana Mat Kilau telah melanggar sumpah yang dibuat bersama rakan seperjuangannya untuk tidak mendedahkan identiti serta kisah mereka kepada khalayak ramai. 

Jawatankuasa tersebut terpaksa menggunakan kaedah lain bagi melakukan siasatan iaitu dengan merujuk kepada rekod dan akhbar penjajah. Selain itu, mereka juga merujuk kepada keterangan rakan-rakan Mat Kilau yang masih hidup, memandangkan agak terhad untuk mereka mendapatkan maklumat daripada Mat Kilau. Usaha berkenaan turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Muzium Negara, Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka, kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.

Beberapa orang sarjana dari Universiti Malaya seperti Profesor Mohd Taib Osman (Jabatan Pengajian Alam Melayu), Profesor Khoo Kay Kim (Jabatan Sejarah) dan Profesor Tan Eng Siong (Jabatan Perubatan Psikiatri) turut membantu.

Setelah perbincangan dibuat. Mat Siam telah disahkan sebagai Mat Kilau pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970.

Pengisytiharan dibuat oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh. Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Al-Fatihah

Olahan & Rujukan dari :
Utusan Malaysia
FB Aku Melayu
TRPBM
Tokoh-tokoh Perjuangan Tanah Melayu
Denai Hati

Comments

Popular posts from this blog

Saad Bin Abi Waqqas berdakwah di Negara China

Saad bin Abi Waqas, Pendakwah pertama ke Negara China Nama sebenar beliau ialah Abu Ishaq Sa‘ad bin Abu Waqqas Malik bin Uhaib bin ‘Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai al-Qurasyi al-Zuhri al-Makki. Beliau termasuk dalam kalangan sepuluh orang yang dijanjikan syurga. Saad lahir dan membesar di kota Mekah, Dia dikenali sebagai pemuda yang memiliki pemikiran yang cerdas. Tubuhnya tidak terlalu tinggi namun bertubuh tegap. Orang selalu membandingkannya dengan singa muda. Saad berasal dari keluarga bangsawan yang kaya raya dan sangat disayangi kedua orang tuanya, terutama ibunya. Walaupun berasal dari Mekah, dia sangat benci kepada upacara penyembahan berhala yang menjadi budaya di Mekah ketika itu. Suatu hari, dia didatangi Abu Bakar RA dan mengajak Saad menemui Nabi Muhammad SAW di sebuah bukit berhampiran Kota Mekah. Beliau pun segera menerima undangan Nabi Muhammad SAW dan kemudian Saad menjadi salah seorang sahabat yang pertama masuk Islam. Sa...

Kisah Hidup Hassan Al-Basri & 40 Nasihat Kehidupan

Hasan al-Basri dilahirkan di Kota Madinah, pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Hasan al-Basri juga pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulullah S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai Ulama terkemuka dalam peradaban Islam. Hasan al-Basri telah meninggal dunia di Basrah, Iraq, pada hari jumaat 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi), pada umur 89 tahun. Beliau pernah hidup di zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Keilmuan dan ketokohan Imam Hasan al-Basri amat luar biasa dan tidak perlu disangkal lagi. Al-Imam Abu Salamah at-Tabuzaki mengatakan “aku menghafal daripada Imam Hasan al-Basri lapan ribu permasalahan Fiqh dan Hadith”. Saidina Anas ibn Malik pernah mengatakan “kalian tanyalah pada Imam Hasan al-Basri kerana beliau itu kuat ingatan sedangkan kami lupa”. Manakala menurut Imam Muhammad ibn Saad di dalam kitabnya menyebut “Imam Hasan al-Basri orang yang mengumpulkan semua ilmu, sangat alim, sangat mendal...

Saidina Uthman Bin Affan yang Baik Hati

Dari Abdurrahman bin Khabbab dia berkata; Aku melihat Nabi Muhammad SAW ketika beliau memberi semangat terhadap pasukan Usrah (pasukan Tabuk).  Lalu Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, aku akan memberikan seratus unta lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah."  Kemudian baginda memberi semangat terhadap pasukan tersebut, maka Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, saya tambah dua ratus ekor unta lagi lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah."  Kemudian baginda memberi semangat terhadap tentera, maka Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, aku akan menambah tiga ratus unta lagi lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah." Maka aku melihat Nabi Muhammad SAW turun dari mimbar sambil bersabda: "Maka tidak ada lagi yang dapat membahayakan Uthman setelah kebaikannya ini, tidak ada lagi yan...