Skip to main content

Syeikh Soleh Jaafari, Imam Besar Masjid Al-Azhar

Syeikh Soleh seorang Imam dan Khatib di Masjid Al-Azhar. Sepanjang bertugas sebagai imam, beliau telah banyak mewakafkan diri dalam bidang dakwah dengan menyampaikan ilmunya kepada msyarakat.

Beliau juga terkenal dengan ‘Syeikh Pengajian Jumaat', karena setelah solat Jumaat hingga masuk waktu Asar beliau mengadakan pengajian tafsir dan hadits di Masjid Al-Azhar.

Dr. Abdul Halim Mahmud telah memberikan gelar kepada Syeikh Soleh dengan “Kiblat Ilmu” karena ketinggian ilmu beliau, dan sebagai balasannya Syeikh Soleh memberikan gelaran dibawah kepemimpinan Dr. Abdul Halim ketika itu sebagai “Kaabah Ilmu”.

Pesan beliau, “Al-Quran dan Hadits adalah dua mukjizat agung. Menjadi kewajiban Al-Azhar memelihara mukjizat tersebut. Kata Syeikh Soleh: “Al-Azhar diambil namanya dari anak kesayangan Rasulullah Saw. iaitu Fatimah Az-Zahra.” 

Nama sebenar beliau ialah Soleh bin Muhammad bin Soleh bin Muhammad bin Rifai’e yang bersambung keturunannya dengan Saiyidina Jaafar As-Sodiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Imam Husain bin Saidina Ali bin Abi Talib suami Saidatina Fatimah Az-Zahra’ binti Rasulullah Sollahu 'Alaihi Wasallam.

Keturunan Rasulullah SAW

Syeikh Soleh Jaafari telah dikurniakan oleh Allah zuriat dan nasab yang paling mulia iaitu dari Rasulullah s.a.w. 

Pada permulaannya beliau tidak mengetahui dengan jelas tentang keturunannya ini hinggalah beliau menemui kertas-kertas yang menunjukkan keturunan bapanya dari Saidina Jaafar As-Sodiq.

Ia dikuatkan lagi dengan mimpi beliau bersama Rasulullah. Ceritanya dalam sebuah kitab beliau, “Mimpi pertamaku ialah aku melihat Sayidah Zainab binti Saidina Ali. Ketika itu beliau berada di belakang tabir lalu beliau bertanya kepadaku, “Bagaimana keadaanmu dan keluarga Jaafari?”

Satu ketika lain, beliau bermimpi melihat Rasulullah s.a.w bersama empat khalifah Ar-Rasyidin yang lain. Cerita Syeikh Soleh lagi: “Aku bersalam dengan Saidina Ali lalu dia memegang tanganku dan aku berkata kepadanya “Aku adalah dari zuriatmu dan bersambung keturunan dengan Jaafar As-Sodiq. Lantas Nabi s.a.w ketika itu menganggukkan kepala sebagai isyarat membenarkan kalimahku. Apabila terjaga dari tidur aku merasakan mimpi aku ini lebih aku sukai dari dunia dan seisinya”.

Kesusahan Dalam Belajar

Syeikh Soleh Ja’fari juga banyak melalui kesusahan sepanjang perjalanan pengajiannya di Al-Azhar. Beliau pernah tidak makan beberapa hari karena kehabisan wang. Syeikh bercerita: “Acapkali aku tidur dalam keadaan lapar bahkan pernah 4 hari aku tidak makan apa-apa.

Hingga suatu malam, karena terlalu lapar beliau menangis lalu terlelap. Dalam mimpinya, beliau bermimpi menemui Sayyid Ahmad Badawi (Sorang wali Qutub, keturunan Rasulullah yang makamnya berada di Tanra) dalam keadaan mukanya tertutup kemudiannya dia membuka wajahnya dan aku mendapati wajahnya berseri-seri seperti bulan purnama. Lalu dia bertanya “Hai Soleh, kenapa kau menangis?”. Aku jawab “Karena terlalu lapar”. Lalu Sayyid Ahmad Badawi berdoa, “Semoga Allah luaskan rezeki untuk kamu tapi pesanku kamu jangan lupa nasib saudara-saudaramu yang lain”.

Antara guru Syeikh Soleh ialah:

Syeikh Muhammad Bakhit Al-Mut’ie (usianya mencecah 103 tahun)
Syeikh Habibullah As-Syanqiti
Syeikh ‘Allamah Yusof Ad-Dijwi ('alim tafsir dan hadith,merupakan anggota Jemaah Ulama' Al-Azhar)
Syeikh Ali As-Syaib
Syeikh Hasan Madzkur
Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf Al-’Adawi (bekas Mufti Mesir)
Syeikh Muhammad Al-Halab
Syeikh Abdul Khaliq As-Syubrawi
Sayyid Ahmad As-Syarif Al-Ghumari (ulama' Maghribi)

Terdapat risalah yang diedar di Aswan bertajuk “Keramat Syeikh Soleh Jaafari Dengan Saidina Husain bin Saidina ‘Ali”. Risalah ini mengisahkan terdapat 65 kisah keramat beliau dengan datuknya itu iaitu Saidina Husain.

Syeikh Soleh juga ialah Pengasas kepada Tarekat Jaafariyyah. Selepas kewafatan Syeikh Soleh, seorang anak muridnya menemui surat wasiat Syeikh Soleh yang mengizinkan tarekatnya diberi nama Tarekat Jaafariyah Al-Ahmadiyah Al-Muhammadiyah. Al-Jaafariyah (dinisbahkan kepada beliau), Al-Ahmadiyah (nisbah kepada Sayyidi Ahmad Idris) manakala Muhammadiyah (nisbah kepada Nabi Muhammad s.a.w). Asas kepada tarekat ini ialah Al-Quran,hadith dan memuji nabi (madaih nabawi).

Di antara yang menjadi murid beliau juga adalah Al-marhum Abuya Sayyid Muhammad “alawi Al-maliki Al-hasani, seorang Alim dari Mekah yang berketurunan jalur Saidina Hasan. Semoga Allah meredhai Syeikh Soleh Ja’fari dengan keredhaan dan membalas segala pengabdiannya dengan sebaik-baik balasan, Al-fatihah.


Olahan & Rujukan dari :
abnajaafariyah
Cahaya Kehidupan Tauhid

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Hidup Hassan Al-Basri & 40 Nasihat Kehidupan

Hasan al-Basri dilahirkan di Kota Madinah, pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Hasan al-Basri juga pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulullah S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai Ulama terkemuka dalam peradaban Islam. Hasan al-Basri telah meninggal dunia di Basrah, Iraq, pada hari jumaat 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi), pada umur 89 tahun. Beliau pernah hidup di zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Keilmuan dan ketokohan Imam Hasan al-Basri amat luar biasa dan tidak perlu disangkal lagi. Al-Imam Abu Salamah at-Tabuzaki mengatakan “aku menghafal daripada Imam Hasan al-Basri lapan ribu permasalahan Fiqh dan Hadith”. Saidina Anas ibn Malik pernah mengatakan “kalian tanyalah pada Imam Hasan al-Basri kerana beliau itu kuat ingatan sedangkan kami lupa”. Manakala menurut Imam Muhammad ibn Saad di dalam kitabnya menyebut “Imam Hasan al-Basri orang yang mengumpulkan semua ilmu, sangat alim, sangat mendal...

Saad Bin Abi Waqqas berdakwah di Negara China

Saad bin Abi Waqas, Pendakwah pertama ke Negara China Nama sebenar beliau ialah Abu Ishaq Sa‘ad bin Abu Waqqas Malik bin Uhaib bin ‘Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai al-Qurasyi al-Zuhri al-Makki. Beliau termasuk dalam kalangan sepuluh orang yang dijanjikan syurga. Saad lahir dan membesar di kota Mekah, Dia dikenali sebagai pemuda yang memiliki pemikiran yang cerdas. Tubuhnya tidak terlalu tinggi namun bertubuh tegap. Orang selalu membandingkannya dengan singa muda. Saad berasal dari keluarga bangsawan yang kaya raya dan sangat disayangi kedua orang tuanya, terutama ibunya. Walaupun berasal dari Mekah, dia sangat benci kepada upacara penyembahan berhala yang menjadi budaya di Mekah ketika itu. Suatu hari, dia didatangi Abu Bakar RA dan mengajak Saad menemui Nabi Muhammad SAW di sebuah bukit berhampiran Kota Mekah. Beliau pun segera menerima undangan Nabi Muhammad SAW dan kemudian Saad menjadi salah seorang sahabat yang pertama masuk Islam. Sa...

Saidina Uthman Bin Affan yang Baik Hati

Dari Abdurrahman bin Khabbab dia berkata; Aku melihat Nabi Muhammad SAW ketika beliau memberi semangat terhadap pasukan Usrah (pasukan Tabuk).  Lalu Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, aku akan memberikan seratus unta lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah."  Kemudian baginda memberi semangat terhadap pasukan tersebut, maka Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, saya tambah dua ratus ekor unta lagi lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah."  Kemudian baginda memberi semangat terhadap tentera, maka Uthman bin 'Affan berdiri sambil berkata; "Wahai Rasulullah, aku akan menambah tiga ratus unta lagi lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah." Maka aku melihat Nabi Muhammad SAW turun dari mimbar sambil bersabda: "Maka tidak ada lagi yang dapat membahayakan Uthman setelah kebaikannya ini, tidak ada lagi yan...