Skip to main content

Posts

Nabi Idris Alaihissalam yang Soleh & Berilmu

Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam yang lahir di Mesir. Nama asli Nabi Idris adalah Khanukh, sementara itu guru utama Nabi Idris adalah Syis. Beberapa ilmuwan seperti Ibnu Katsir, Ath-Thabari, Ibnu Ishaq, Ibnu Jarir, Asy-Syaukani, hingga As-Suyuthi menjelaskan bahwa Nabi Idris hidup sebelum Nabi Nuh. Teori ini muncul berdasarkan nasab bahwa nama asli Nabi Idris adalah Khonukh, yang merupakan nenek moyang Nabi Nuh. Hal itu juga diperkuat dengan: Surah Maryam Ayat 58, Allah SWT berfirman: Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. Nabi Idris me...

Nabi Adam A.S. Diampunkan kerana bertawasul dengan Nama Rasulullah SAW.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." Surah Al-Baqarah Ayat 30 Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". Surah Al-Baqarah Ayat 31 Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa bagi Allah, seperti (penciptaan) Adam. Dia menciptakannya dari tanah, kemudian Dia berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu. Surah Ali Imran Ayat 59 "Allah menciptakan Adam dari segenggam tanah yang diambil dari seluruh permukaan tanah, maka lahirlah anak Adam yang ...

Julaibib, Sahabat Nabi yang Mulia

Nabi Muhammad SAW memiliki seorang sahabat yang tak begitu terkenal, namun ia dirindukan bidadari-bidadari surga. Ia bernama Julaibib. Syaikh Mahmud Al-Mishri dalam Kitab Mausu’ah min Akhlaq Rasulillah Shallallahu Alaihi wa Sallam mengatakan, menurut riwayat Abu Barzah Al-Aslami, Julaibib adalah lelaki dari kalangan Ansar dan seorang dari sahabat nabi. Julaibib termasuk sahabat nabi yang mulia. Pernah suatu ketika Rasulullah SAW menanyakan kepada Julaibib kenapa ia tidak menikah. Julaibib mengatakan dirinya tidak yakin akan ada wanita yang mahu menikah dengannya. Sebab, ia tahu bahwa dirinya bukanlah lelaki bernasab, tidak rupawan, dan tidak memiliki harta. Dikatakan, Julaibib merupakan nama yang tidak biasa di kalangan bangsa Arab, namanya juga tidak lengkap dan tidak bernasab. Julaibib terlahir tanpa mengetahui siapa kedua orang tuanya. Semua orang tidak mengambil berat tentang Julaibib, tentang nasabnya, atau dari suku apa ia berasal. Rupa fizikalnya membuat tak ada yang...

Sultan Muhammad Al-Fateh yang digelar sebaik-baik Raja oleh Rasulullah SAW

Abu Ayyub Al Ansary r.a seorang syahid ketika ingin membebaskan Kota Konstantinople, dan beliau telah dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ, maka Abu Ayyub al Ansari menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda milik sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Rasulullah s.a.w bersabda : “Constantinople (Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera” Hadis riwayat Imam Ahmad Kota Constantinople begitu diidamkan oleh Kuasa besar dunia kerana sangat strategik dari sudut ketenteraan, perniagaan, perhubungan dan politik pemerintahan antarabangsa sehinggakan Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821 ) mengatakan bahawa kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Constantinople adalah Bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya. Di zaman pe...