Skip to main content

Posts

Kisah Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah yang terpercaya dan jujur

Nama penuh Abu Ubaidah bin al-Jarrah ialah Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal bin Uhaib bin Dhabbah bin al-Harith bin Fihr bin Malik bin al-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma‘ad bin Adnan al-Qurasyi al-Fihri al-Makki. Beliau juga merupakan orang yang diinginkan oleh Abu Bakar al-Siddiq untuk mengambil alih pemerintahan khalifah dan Abu Bakar al-Siddiq telah menunjuk kepada beliau pada hari peristiwa al-Saqifah disebabkan kelayakkannya yang cukup menurut Abu Bakar dan nasab beliau bertemu dengan nasab Baginda SAW pada Fihr. Beliau lahir di Mekah dari sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Keluarganya dari kalangan pedagang Arab. Beliau termasuk orang yang awal masuk Islam selepas sehari keislaman Abu Bakar as-Siddiq RA. Saidina Abu Bakarlah yang membawa beliau menemui Rasulullah SAW untuk mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Baginda. Mempunyai sosok tubuh yang tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu meren...
Recent posts

Kisah Saidina Said bin Zaid yang Makbul Doanya

Nama sebenar beliau ialah Abu al-A‘war Sa‘id bin Zaid bin ‘Amr bin Nufail bin ‘Abd al-‘Uzza bin Riyah bin Qurt bin Razah bin ‘Adi bin Ka‘ab bin Lu’ai bin Ghalib al-Qurasyi al-‘Adawi. Beliau termasuk dalam sepuluh orang yang dijanjikan syurga dan salah seorang daripada kalangan al-Sabiqun al-Awwalun. Bapanya, Zaid bin Amru bin Nufail, merupakan salah seorang tokoh pemikir di kalangan bangsa Quraisy. Bapanya ketika dalam perjalanan mencari kebenaran agama Islam, telah dibunuh oleh sekumpulan perompak. Namun sebelum hayatnya berakhir, beliau sempat berdoa “Ya Allah, sesungguhnya engkau telah mengharamkan aku, menghalangku daripada mendapatkan kebaikan agama ini Ya Allah. Maka Ya Allah, janganlah sampai anak aku juga terhalang daripada mendapat agama yang benar”. Dengan kehendak Allah SWT, maka Allah memakbulkan permintaan Zaid agar diberikan hidayah kepada anaknya, Said RA. Tidak lama sesudah Baginda Rasulullah SAW berdakwah kepada orang ramai, menyeru memeluk Islam, maka Said...

Saad Bin Abi Waqqas berdakwah di Negara China

Saad bin Abi Waqas, Pendakwah pertama ke Negara China Nama sebenar beliau ialah Abu Ishaq Sa‘ad bin Abu Waqqas Malik bin Uhaib bin ‘Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Lu’ai al-Qurasyi al-Zuhri al-Makki. Beliau termasuk dalam kalangan sepuluh orang yang dijanjikan syurga. Saad lahir dan membesar di kota Mekah, Dia dikenali sebagai pemuda yang memiliki pemikiran yang cerdas. Tubuhnya tidak terlalu tinggi namun bertubuh tegap. Orang selalu membandingkannya dengan singa muda. Saad berasal dari keluarga bangsawan yang kaya raya dan sangat disayangi kedua orang tuanya, terutama ibunya. Walaupun berasal dari Mekah, dia sangat benci kepada upacara penyembahan berhala yang menjadi budaya di Mekah ketika itu. Suatu hari, dia didatangi Abu Bakar RA dan mengajak Saad menemui Nabi Muhammad SAW di sebuah bukit berhampiran Kota Mekah. Beliau pun segera menerima undangan Nabi Muhammad SAW dan kemudian Saad menjadi salah seorang sahabat yang pertama masuk Islam. Sa...

Kisah Saidina Thalhah Bin Ubaidillah dan Perang Uhud

Thalhah bin Ubaidillah merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang paling berjasa melindungi Nabi Muhammad saw di medan peperangan. Kisah heroiknya ini yang membuatnya menjdi salah satu pahlawan Perang Uhud yang dijamin syurga. sebagaimana yang dikisahkan oleh Qais bahawa beliau berkata: Aku melihat tangan Thalhah menjadi lumpuh kerana melindungi Nabi SAW ketika perang Uhud.”    (Riwayat al-Bukhari) Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang ingin melihat seorang syahid yang berjalan di atas muka bumi, lihatlah pada Thalhah bin Ubaidillah.”  (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah) Sejarah Kehidupan Saidina Thalhah bin Ubaidullah R.A Beliau ialah Abu Muhammad Talhah bin ‘Ubaidullah bin Uthman bin Amr bin Kaab bin Saad bin Taim bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Al-Nadhr bin Kinanah al-Qurasyi al-Taimi al-Makki. Thalhah bin Ubaidullah memeluk Islam melalui Abu Bakar R.A. Beliau lahir 28 tahun sebelum hijrah, di Kota Mekah. Nasabnya bertemu d...

Kisah Zubair Bin Awwam R.A.

Zubair bin Awwam adalah salah satu sahabat terdekat Nabi Muhammad SAW yang memainkan peranan penting dalam sejarah Islam. Dikenali karena keberanian, kesetiaan, dan keteguhannya di barisan hadapan Kaum Muslimin.  Zubair Bin Awwam dilahirkan dalam keluarga Quraisy yang terhormat, dari keturunan Bani Asad. Beliau adalah sepupu Rasulullah SAW, melalui hubungan darah ibunya, Safiyyah binti Abdul Muttalib, iaitu ibu saudara Rasulullah. Ayahnya meninggal dunia ketika Zubair masih kecil, menjadikan ibunya sebagai tokoh utama dalam membentuk keperibadiannya. Safiyyah dikenali sebagai wanita yang tegas, berani, dan tidak gentar menghadapi cabaran. Dari didikan inilah, Zubair membesar menjadi seorang pemuda yang kuat, berprinsip, dan tidak pernah tunduk kepada tekanan. Zubair bin Awwam termasuk salah seorang yang awal memeluk Islam, bergabung dengan kelompok yang dikenal sebagai “As-Sabiqun al-Awwalun”, iaitu para pemeluk Islam awal. Dia memeluk Islam pada usia 15 tahun, sebuah k...

Sejarah Perjuangan Mat Kilau di Negeri Pahang

Mat Kilau diiktiraf sebagai salah seorang pahlawan Melayu yang berani menentang penjajahan British di Pahang pada akhir abad ke-19. Bapa kepada Mat Kilau ialah Imam Rasu atau digelar Tok Gajah dan Ibundanya pula bernama Teh Mahda.  Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1865 di Kg. Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang. Ketika berusia 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud. Hasil perkahwinan ini, Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Dikatakan setelah berkahwin, Mat Kilau mula memperdalamkan ilmu Persilatan, Keagamaan disamping Ilmu Kebatinan. Antara kelebihan Mat Kilau ialah berkemampuan untuk menghilangkan diri dalam sekelip mata. Antara guru yang banyak menumpahkan ilmu kepada beliau juga tidak lain tidak bukan bapanya sendiri iaitu Tok Gajah. Menurut lain-lain sumber Mat Kilau juga mempunyai seorang Guru Agama & Kebatinan iaitu Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan s...

Abu Hurairah yang digelar Bapa kepada Kucing dan yang Paling banyak meriwayatkan Hadis

Nama asal Abu Hurairah sebelum memeluk agama Islam ialah Syams bin Shakr ad-Dusi. Namun setelah masuk Islam, Rasulullah SAW memberinya nama Abdurrahman bin Shakr ad-Dusi. Abu Hurairah pertama kali masuk Islam ialah pada tahun ke tujuh Hijriyyah atas ajakan ath-Thufail bin Umar ad-Dusi. Beliaulah ialah satu-satunya yang menerima dakwah Islam yang disampaikan oleh ath-Thufail kepada kabilah Dus. Sebelumnya, kabilah Dus hanyalah ath-Thufail dan istrinya yang menganut Agama Islam. Saat Abu Hurairah dan ath-Thufail menemui Rasulullah SAW. Dikisahkan Abu Hurairah berkata “hancurlah kabilah Dus”, akan tetapi Rasulullah justru berdoa atasnya. “Ya Allah, berilah hidayah kepada kabilah Dus.” Abu Hurairah merupakan rujukan dan pengambilan riwayat oleh sahabat Nabi yang lain. Antara Sahabat Nabi yang pernah mengambil riwayat Abu Hurairah diantaranya adalah: Zaid bin Tsabit, Abu Ayub al-Ansari, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair, Ubai bin Ka’ab, Jabir bin Abdilla...