Nama penuh Abu Ubaidah bin al-Jarrah ialah Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal bin Uhaib bin Dhabbah bin al-Harith bin Fihr bin Malik bin al-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma‘ad bin Adnan al-Qurasyi al-Fihri al-Makki. Beliau juga merupakan orang yang diinginkan oleh Abu Bakar al-Siddiq untuk mengambil alih pemerintahan khalifah dan Abu Bakar al-Siddiq telah menunjuk kepada beliau pada hari peristiwa al-Saqifah disebabkan kelayakkannya yang cukup menurut Abu Bakar dan nasab beliau bertemu dengan nasab Baginda SAW pada Fihr. Beliau lahir di Mekah dari sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Keluarganya dari kalangan pedagang Arab. Beliau termasuk orang yang awal masuk Islam selepas sehari keislaman Abu Bakar as-Siddiq RA. Saidina Abu Bakarlah yang membawa beliau menemui Rasulullah SAW untuk mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Baginda. Mempunyai sosok tubuh yang tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu meren...